Wednesday, December 23, 2009

Syukur pada Mu Ya Allah

"ada seorang hamba Allah membaca," Ya Tuhanku segala puji bagiMu sebagaimana layakbagi kebesaran zat-Mu dan kebesaran kerajaan-Mu", Kalimah ini menyukarkan kedua-dua malaikat untuk mencatatkan amalan manusia, sehingga kedua malaikat itu tidak dapat mencatat dan kedua-dua malaikat itu tadi menghadap kepada Allah dan bekata kedua-dua nya," Ya Tuhanku sesungguhnya ada seorang hamba yang membaca pujian yang tidak dapat kami menulisnya," Allah bertanya, padahal Allah yang lebih mengetahuinya apa yang dibaca oleh hamba-Nya," Apakah yang dibaca oleh hambaKu?" Jawab kedua-dua malaikat," Ya Tuhanku dia membaca ' Ya Rabbi lakal hamdu kamaa yan baghi lijalaali wajhika wa adhiimi sulthaanika' Firman Allah kepada kedua-dua malaikat," Catatlah sebagaimana bacaannya itu sampai ia menghadap kepada-Ku , maka Aku akan membalas pahalanya." (HR Ibnu Majah)

Tingkatkan lagi

ternyata diri ini mempunyai kekuatan apabila aku berada bersamamu.... ternyata aku memerlukan lebihan masa untuk bersamamu.... ternyata aku masih terlalu lemah semasa aku keseorangan.... ternyata bahawa masih banyak ilmu yang perlu aku tuntut.... ternyata diriku ini jauh dariNya sekalipun Dia terlalu dekat dengan diriku....

adakah kerna aku telah jauh terlanjur? atau mungkin kerana dosa-dosa ku yang terlalu banyak..... atau sikap ku.... tingkah-laku..... pemikiranku yang masih cetek ini.....

Ya muqallibal qulub, Tsabit qulubana 'ala dinik.

andai kata aku dapat bernafas pada hari esok... Ya Allah.... jadikanlah CO2 itu zikir-zikirku.... andai kata aku dapat berjalan pada hari esok.... jadikanlah jalan aku jalan jihad..... jalan menegakkan syiar Islam.... jadikanlah jalan aku sebagai jalan mendekatiMu Ya Allah.... andai kata aku mati pada esok hari.... aku berdoa pada Mu Ya Allah.... matikanlah aku didalam syahid Ya Allah....

Tuesday, December 8, 2009

keluhan anak.

sinaran mentari memancar memenuhi ruangan angkasa sekaligus menyelinap masuk ke ruangan rumah no. 345 bandar putrijaya. dia melipat sejadah dan bangun. hurm... "apa yang aku nk buat hari ni?" dia bertanya pada dirinya. sememangnya dia sentiasa mengulangi perkara yang sama setiap hari... hari esok sama sahaja seperti seminggu yang lalu.

"asyik main game ja, tak boring ka?" Ummi nya menegur supaya kembali membaca buku. dia tahu yang peperiksaan SPM sedang berlangsung. namun dia terasa berat untuk terus belajar dan belajar. "memang tak sabar rasanya nak cuti. aku nak berehat puas-puas". dia tidak pula berasa takut akan peperiksaan pada hari yang akan datang. sebaliknya yang risau adalah ibunya. apabila ibunya pergi kerja, dia akan bermain game. setelah ibu nya pulang, dia memberitahu yang dia akan study pada pukul 9.00 malam. itulah rutin hariannya.

macam-macam yang terlintas difikiran ibu memikirkan keadaan anaknya. kemanakah dia akan menyambung pelajaran? ibunya membuat keputusan untuk menghantar dia kesebuah institusi pengajian swasta. dia hanya menerima pendapat ibunya dengan terbuka. tiada tindak balas. "lepas SPM ni U tu ada buat program. umi nak hantar pi situ lah." program yang akan dijalankan selama 2 bulan itu telah menyebabkan fikirannya semakin berserabut. kalau boleh dia tak nak pergi ke program tu. dia nak habiskan masa di rumah. ibunya membuat keputusan begitu setelah mendapat tahu yang program tersebut dapat membantu pelajar mengetahui pelbagai urusan termasuk urusan perniagaan.

mungkin dia masih berfikiran keanak-anakkan. masa akan tetap berlalu pergi. dan aku percaya bahawa dia pasti berubah suatu hari nanti.

Sahabat

Sahabat....
setiap kali aku melangkah kaki kearahmu....
setiap kali aku melihat wajahmu....
setiap kali aku menyebut namamu....
setiap kali aku terbayangkan dirimu....

aku lihat kau bukanlah sahabat yang biasa....
ingin sekali aku meluahkan kata-kata terima kasih buatmu....
terima kasih kerana membimbing ku selama ini.....
aku pasti bahawa kau lah sahabat ku yang sejati....
kerana aku pasti kau mampu membawa aku ke syurga....

sahabat....
adakah kita akan bersama lagi didalam syurga nanti....
aku takut.... aku takut aku tidak dapat lagi bertemu....
dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memegang tangan ku....
adakah kau boleh lihat senyuman ku lagi....
adakah aku masih diberi peluang untuk melihat senyum manis mu....
adakah aku mampu untuk memeluk kau dengan erat....

sahabat....
setiap kali kau memeluk ku....
mata ku pasti basah dek air mata....
air mata yang menjadi bukti persaudaraan kita....
telah lama kita bersama....
telah banyak yang aku kenal.....
tentang kita....

Ya Allah....
kekalkan lah kami dijalan Mu....

Tuesday, November 10, 2009

Green



it tells you not to think hard... feel easy... deep breath... positive thinking... right hand... clear view... and flush the past......

Sunday, October 18, 2009

It's actually an accident


i dont know why i move my step to that way.... but i know someday i will be in the other road.... and i when i say i want to change my way.... i will......

Friday, October 9, 2009

This Raya


on the way nak balik umah dari johor.... aku sempat antar mesej raya kat kawan....
aku cakap.... lagi best kalau makan ramai-ramai.....

so first raya macam biasa.... raya kat umah pakcik.... after solat.... ziarah nenek.... pastu jalan-jalan umah family.....

balik je rumah..... ramai yang nak datang rumah..... pakcik-pakcik and makcik-makcik sekelian..... next day.... family sebelah ayah pulak datang....

fuh.... i feel like my doa termakbul..... Alhamdulillah.....

Saturday, September 5, 2009

Not Just empty Pictures



BANG!!!!!!

Stick Together


"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Friday, August 7, 2009

rindu


wahai sahabat-sahabatku.... aku amat merindui kamu....
sejenak aku merenung kearah wajah-wajah yang selalu membimbingku....
bibirku pasti mengukir senyuman buat kalian....
sejenak wajah-wajah kalian terlintas difikiran....
aku pasti akan tertawa kecil mengimbau kenangan bersamamu....
setiap kali nama-namamu disebut didalam doaku....
pasti akan mengalir air mata kasih....

sahabat-sahabatku.... andai kata aku terbabas dari landasan....
pimpinlah aku.... sahabat.... andai diberi keizinan oleh Allah....
mahukah kita terus bersama dalam menegakkan agamaNya?

Ya Allah.... Engkau lindungilah sahabat-sahabatku.... mudahkanlah jalan untuk kami bersama menegakkan ISLAM....

sahabat-sahabatku.... aku amat merinduimu...........

Wednesday, July 29, 2009

MARILAH SAHABAT


aku lihat manusia bebas.
aku lihat manusia hidup dengan mewah.
bebas melakukan apa saja yang mereka inginkan.
aku lihat manusia mengejar sesama mereka...
mencari dunia.

hari ini aku menangis.
memikirkan kemana kita akan pergi selepas ini.
perlukah aku menangis pada keesokan hari.
ingin aku bersuara pada dunia.
memanggil dan mengajak.
sama-sama kita bangun mencari kejayaan dunia dan akhirat.

wahai sahabat-sahabat ku.
bantulah aku.
aku hanyalah insan yang lemah.

NIAT


NIAT

seperti mana yang kita tahu bahawa dalam setiap amalan mestilah mempunyai tujuan. Tidak kira sama ada perkara kecil ataupun besar. Dan tujuan ini adalah penentu amalan tersebut sama ada baik ataupun sebaliknya. Tujuan ini juga merupakan niat.

jelas ternyata bahawa niat merupakan suatu perkara yang penting apabila ianya tersebut didalam sebuah hadis. Di mana hadis tersebut merupakan hadis pertama yang tertulis dalam hadis 40.

Dari Amirul Mukminin Umar Al-khattab R.A berkata “aku mendengar Rasulullah S.A.W.bersabda :- hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa balasan yang diniatkan nya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah da Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.”

Niat boleh didefinisikan sebagai keazaman yang ditanam dalam diri untuk melakukan sesuatu dan niat ini dilakukan dengan hati.

Daripada hadis tersebut, jelas bahawa apa yang kita niat itulah merupakan amalan yang akan kita lakukan. Jika kita hendak melakukan sesuatu amalan, dan amalan tersebut disertakan dengan sesuatu yang kita niat. Maka hasil daripada amalan itu adalah apa yang kita niatkan. Seperti contoh. Apabila seorang pelajar tersebut pergi ke suatu majlis ilmu dengan tujuan hanya untuk bertemu rakannya. Maka kehadirannya adalah sekadar merapatkan ukhwah sesame rakannya sahaja.

Niat merupakan satu aspek yang penting untuk kita renungkan. Kerana setiap amalan yang kita lakukan adalah menjadi suatu ibadah. Ia hanya akan menjadi ibadah apabila seseorang itu melakukan amalan tersebut kerana Allah S.W.T. niatnya adalah untuk mencari mardhotillah.

Niat juga boleh dibahagikan kepada dua aspek. Yang pertama adalah niat yang kearah kebaikan manakala yang keduanya adalah niat kepada keburukan.

JENIS NIAT

Niat yang baik merupakan niat yang dilakukan atas tujuan untuk melakukan amalan yang baik. Yakni baik disisi Allah S.W.T. dan niat yang baik ini merupakan niat kerana Allah. Tidak ada niat kerana Allah atas tujuan melakukan amalan yang tidak baik. Niat yang baik juga boleh dikaitkan dengan suatu sifat. Iaitu sifat ikhlas. Dimana seseorang tersebut melakukan sesuatu amalan tanpa memikirkan balasan daripada makhluk hanya balasan daripada Allah. Inilah yang dikatakan niat yang ikhlas.

Namun tidak semua amalan yang baik itu datang daripada niat yang baik. Kebanyakan manusia kini banyak melakukan perkara-perkara yang baik disisi Allah. Menunaikan solat dan ditambah dengan solat sunat. Bersedekah dengan banyak. Namun tidak semua daripada golongan ini yang melakukan amalan baik kerana Allah. Terdapat segelintir manusia yang bersedekah kerana untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia. Ada yang solat dengan tujuan untuk memberitahu manusia bahawa mereka adalah soleh. Inilah yang dikatakan sifat takbur yang ada dalam diri sesetengah manusia. Apabila tidak ada keikhlasan dalam hati seseorang itu maka Allah tidak akan menganggap setiap amalan yang mereka lakukan itu sebagai suatu ibadah.

“Akan datang suatu kaum dimana bacaan Al-Quran mereka seperti orang mengalunkan lagu dan jeritan Padahal Al-Quran tidak meresap kedalam hati mereka.”

Terdapat suatu kisah pada zaman para sahabat dahulu iaitu ketika Bilal bin Rabbah sedang melaungkan azan. Ada seorang sahabat bersuara dan bertanya mengapa asyik Bilal sahaja yang azan? Kemudian pada keesokan harinya sahabat tersebut pergi melaungkan azan dengan suara yang merdu. Namun azan tersebut tidak sampai kelangit. Kerana dia hanya melaungkan azan tersebut hanya kerana untuk memberitahu yang dia mempunyai suara yang sedap.

Jelas disini bahawa niat yang ikhlas merupakan penentu dalam sesuatu amalan tersebut. Adakah amalan tersebut akan menjadi suatu ibadah ataupun tidak.

PANDANGAN MANUSIA TERHADAP NIAT

Kadang-kadang manusia hanya mengharapkan balasan daripada manusia. Balasan yang tidak dapat dibawa keakhirat. Manusia hanya tahu yang niat ini merupakan niat yang disertakan dalam solat sahaja.

Apabila seseorang itu hendak pergi berjuang dan berniat untuk berjuang kerana Allah. Belum sempat untuk berjuang dia sudah meninggal dalam perjalanan nya. Dan dia syahid dijalan Allah. Maka syurgalah tempat nya.

Jelas bahawa niat merupakan salah satu amalan yang membolehkan kita memperoleh pahala. Apabila dikatakan niat itu mendatangkan pahala tidak salah untuk kita mengamalkan niat dalam apa jua amalan seharian kita. Sekalipun melakukan kerja-kerja ringan.

Walaupun niat itu hanya dilahirkan dari dalam lubuk hati kita. Tetapi ianya merupakan sesuatu amalan yang member kesan yang besar terhadap diri kita.

“SEMOGA AMALAN YANG KITA LAKUKAN ADALAH KERANA ALLAH DAN MEMPEROLEH MARDHOTILLAH”

Friday, July 24, 2009

IMPIAN


hari ini..... aku impikan sesuatu yang belum pasti aku dapat pada esok hari..... mengingatkan kembali diriku yang serba kekurangan.... seringkali ku diingatkan oleh laungan azan.... haiya 'ala alfalah....... namun rasa kekurangan seringkali menghambar diriku..... adakah kejayaan akan ku kecapi..... masa berlalu pantas...

hari ini.... aku melalui kehidupan yang penuh kesedihan..... mengenangkan pemergian ayah saudara ku kembali ke rahmatullah..... dan pemergian seorang pejuang islam..... ayah kepada sahabat ku.... dengan air mata tidak cukup untuk membalas jasa-jasa mereka... aku perlu menyambung tugas-tugas mereka....

hari ini..... aku sedar.... bahawa mereka adalah orang yang berjaya bagi ku.... aku yakin bahawa setiap langkah mereka adalah jalan menuju kejayaan.... menyahut seruan ilahi adalah suatu kejayaan... sekaligus mencapai impian.....

Saturday, July 11, 2009

HALUAN




program yang haluan anjurkan kali ini memang betul-betul menarik..... Mahligai Impian ke-2... tajuk nya pon dah menarik.... apa yang disentuh dalam program kali ini adalah mengenai rumah tangga yang bahagia..... bahagia yang dimaksudkan adalah bagaimana ahli keluarga itu dapat bersama-sama berada dalam suasana rumah tangga yang diberkati Allah S.W.T. sebuah keluarga yang mendapat keredhaan-Nya.....
ceramah kali ini disampaikan oleh beberapa penceramah.....



TUAN HAJI ROSDI BIN BAHARUM
ENCIK MAHMUD
PUAN ALFIAH



disamping mendapat ilmu mengenai cara untuk membina sebuah keluarga bahagia.... program ini juga turut membincangkan mengenai cinta yang diredhai Allah....
termasuklah cinta pada Allah dan sesama manusia..... iaitu cinta dari sudut dan persepsi Islam...
dalam masa yang sama program ini turut mengeratkan lagi ukhwah sesama sahabat.....

PENENTU HARI ESOK


aku merasakan bahawa hari ini adalah jalan untuk aku terokai..... semalam adalah sebuah sejarah yang perlu aku catat.... aku sedar bahawa hamba seperti ku ini pasti akan mengulangi perkara yang sama..... sama ada baik ataupun buruk..... sama ada hari ini ataupun hari esok.....

aku merasakan bahawa, betapa pentingnya untuk aku mengenang kembali kisah semalam..... betapa pentingnya untuk aku muhasabah kembali..... menadah tangan.... meminta dan merayu pada maha pencipta.... merayu agar diampunkan segala dosa yang telah aku lakukan....

aku merasakan bahawa perkara baik yang telah aku lakukan semalam.... adalah sesuatu yang perlu aku beristiqamah.... namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuktikan dengan perbuatan...... untuk memastikan bahawa hari esok adalah hari yang baik..... aku tidak boleh berjanji..... adakah usaha aku pada hari ini cukup......

adakah cukup untuk menjadi PENENTU HARI ESOK..... .

Thursday, July 9, 2009

UTHM











berdebar-debar masa nak tengok keputusan UPU.... tengok-tengok dapat UTHM.... nak kata best tu boleh la.... sebab masa tu tak taw sangat pasal U nih..... ingatkan dekat.... rupanya kat johor.... wowww......... memandang kan tak dapat mana-mana tawaran dah..... terpaksa la jugak pergi U nih.... bertolak pukul 9 pagi sampai dalam pukul 7.... fuh.... yang jadi penumpang pon penat.... haha..... malam tuh sempat jugak tengok uthm tuh dari jaoh..... fuh.... punya laa besar.....
malam first kat johor tido kat hotel kat batu pahat......

28 jun 2009.... aku pon mendaftarkan diri sebagai pelajar UTHM..... dalam bidang mekanikal..... nak kata hepi tuh Allah ja yang taw..... sebab muda lagi dah dapat buat ijazah.... syukur sebab Allah kurniakan rezeki yang banyak....

macam2 benda best kat U nih.... hehe.... kemudahan yang dia sediakan memang terbaik.... library pon memang cantik.... then kemudahan lain macam tempat sukan..... fuh.... macam2 jenis sukan bleh main....

skang nih dah mggu kedua.... so baru start kelas laaa..... susah jugak belajar..... ingatkan senang.... tengok buku die.... tebal2 sume nyer..... dah la subjek nya susah2..... apa2 pon kena la banyak study.... ngeeeeeeeee