Wednesday, December 23, 2009

Syukur pada Mu Ya Allah

"ada seorang hamba Allah membaca," Ya Tuhanku segala puji bagiMu sebagaimana layakbagi kebesaran zat-Mu dan kebesaran kerajaan-Mu", Kalimah ini menyukarkan kedua-dua malaikat untuk mencatatkan amalan manusia, sehingga kedua malaikat itu tidak dapat mencatat dan kedua-dua malaikat itu tadi menghadap kepada Allah dan bekata kedua-dua nya," Ya Tuhanku sesungguhnya ada seorang hamba yang membaca pujian yang tidak dapat kami menulisnya," Allah bertanya, padahal Allah yang lebih mengetahuinya apa yang dibaca oleh hamba-Nya," Apakah yang dibaca oleh hambaKu?" Jawab kedua-dua malaikat," Ya Tuhanku dia membaca ' Ya Rabbi lakal hamdu kamaa yan baghi lijalaali wajhika wa adhiimi sulthaanika' Firman Allah kepada kedua-dua malaikat," Catatlah sebagaimana bacaannya itu sampai ia menghadap kepada-Ku , maka Aku akan membalas pahalanya." (HR Ibnu Majah)

Tingkatkan lagi

ternyata diri ini mempunyai kekuatan apabila aku berada bersamamu.... ternyata aku memerlukan lebihan masa untuk bersamamu.... ternyata aku masih terlalu lemah semasa aku keseorangan.... ternyata bahawa masih banyak ilmu yang perlu aku tuntut.... ternyata diriku ini jauh dariNya sekalipun Dia terlalu dekat dengan diriku....

adakah kerna aku telah jauh terlanjur? atau mungkin kerana dosa-dosa ku yang terlalu banyak..... atau sikap ku.... tingkah-laku..... pemikiranku yang masih cetek ini.....

Ya muqallibal qulub, Tsabit qulubana 'ala dinik.

andai kata aku dapat bernafas pada hari esok... Ya Allah.... jadikanlah CO2 itu zikir-zikirku.... andai kata aku dapat berjalan pada hari esok.... jadikanlah jalan aku jalan jihad..... jalan menegakkan syiar Islam.... jadikanlah jalan aku sebagai jalan mendekatiMu Ya Allah.... andai kata aku mati pada esok hari.... aku berdoa pada Mu Ya Allah.... matikanlah aku didalam syahid Ya Allah....

Tuesday, December 8, 2009

keluhan anak.

sinaran mentari memancar memenuhi ruangan angkasa sekaligus menyelinap masuk ke ruangan rumah no. 345 bandar putrijaya. dia melipat sejadah dan bangun. hurm... "apa yang aku nk buat hari ni?" dia bertanya pada dirinya. sememangnya dia sentiasa mengulangi perkara yang sama setiap hari... hari esok sama sahaja seperti seminggu yang lalu.

"asyik main game ja, tak boring ka?" Ummi nya menegur supaya kembali membaca buku. dia tahu yang peperiksaan SPM sedang berlangsung. namun dia terasa berat untuk terus belajar dan belajar. "memang tak sabar rasanya nak cuti. aku nak berehat puas-puas". dia tidak pula berasa takut akan peperiksaan pada hari yang akan datang. sebaliknya yang risau adalah ibunya. apabila ibunya pergi kerja, dia akan bermain game. setelah ibu nya pulang, dia memberitahu yang dia akan study pada pukul 9.00 malam. itulah rutin hariannya.

macam-macam yang terlintas difikiran ibu memikirkan keadaan anaknya. kemanakah dia akan menyambung pelajaran? ibunya membuat keputusan untuk menghantar dia kesebuah institusi pengajian swasta. dia hanya menerima pendapat ibunya dengan terbuka. tiada tindak balas. "lepas SPM ni U tu ada buat program. umi nak hantar pi situ lah." program yang akan dijalankan selama 2 bulan itu telah menyebabkan fikirannya semakin berserabut. kalau boleh dia tak nak pergi ke program tu. dia nak habiskan masa di rumah. ibunya membuat keputusan begitu setelah mendapat tahu yang program tersebut dapat membantu pelajar mengetahui pelbagai urusan termasuk urusan perniagaan.

mungkin dia masih berfikiran keanak-anakkan. masa akan tetap berlalu pergi. dan aku percaya bahawa dia pasti berubah suatu hari nanti.

Sahabat

Sahabat....
setiap kali aku melangkah kaki kearahmu....
setiap kali aku melihat wajahmu....
setiap kali aku menyebut namamu....
setiap kali aku terbayangkan dirimu....

aku lihat kau bukanlah sahabat yang biasa....
ingin sekali aku meluahkan kata-kata terima kasih buatmu....
terima kasih kerana membimbing ku selama ini.....
aku pasti bahawa kau lah sahabat ku yang sejati....
kerana aku pasti kau mampu membawa aku ke syurga....

sahabat....
adakah kita akan bersama lagi didalam syurga nanti....
aku takut.... aku takut aku tidak dapat lagi bertemu....
dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memegang tangan ku....
adakah kau boleh lihat senyuman ku lagi....
adakah aku masih diberi peluang untuk melihat senyum manis mu....
adakah aku mampu untuk memeluk kau dengan erat....

sahabat....
setiap kali kau memeluk ku....
mata ku pasti basah dek air mata....
air mata yang menjadi bukti persaudaraan kita....
telah lama kita bersama....
telah banyak yang aku kenal.....
tentang kita....

Ya Allah....
kekalkan lah kami dijalan Mu....