Tuesday, December 8, 2009

Sahabat

Sahabat....
setiap kali aku melangkah kaki kearahmu....
setiap kali aku melihat wajahmu....
setiap kali aku menyebut namamu....
setiap kali aku terbayangkan dirimu....

aku lihat kau bukanlah sahabat yang biasa....
ingin sekali aku meluahkan kata-kata terima kasih buatmu....
terima kasih kerana membimbing ku selama ini.....
aku pasti bahawa kau lah sahabat ku yang sejati....
kerana aku pasti kau mampu membawa aku ke syurga....

sahabat....
adakah kita akan bersama lagi didalam syurga nanti....
aku takut.... aku takut aku tidak dapat lagi bertemu....
dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memegang tangan ku....
adakah kau boleh lihat senyuman ku lagi....
adakah aku masih diberi peluang untuk melihat senyum manis mu....
adakah aku mampu untuk memeluk kau dengan erat....

sahabat....
setiap kali kau memeluk ku....
mata ku pasti basah dek air mata....
air mata yang menjadi bukti persaudaraan kita....
telah lama kita bersama....
telah banyak yang aku kenal.....
tentang kita....

Ya Allah....
kekalkan lah kami dijalan Mu....

0 comments:

Post a Comment