Wednesday, July 29, 2009

NIAT


NIAT

seperti mana yang kita tahu bahawa dalam setiap amalan mestilah mempunyai tujuan. Tidak kira sama ada perkara kecil ataupun besar. Dan tujuan ini adalah penentu amalan tersebut sama ada baik ataupun sebaliknya. Tujuan ini juga merupakan niat.

jelas ternyata bahawa niat merupakan suatu perkara yang penting apabila ianya tersebut didalam sebuah hadis. Di mana hadis tersebut merupakan hadis pertama yang tertulis dalam hadis 40.

Dari Amirul Mukminin Umar Al-khattab R.A berkata “aku mendengar Rasulullah S.A.W.bersabda :- hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa balasan yang diniatkan nya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah da Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.”

Niat boleh didefinisikan sebagai keazaman yang ditanam dalam diri untuk melakukan sesuatu dan niat ini dilakukan dengan hati.

Daripada hadis tersebut, jelas bahawa apa yang kita niat itulah merupakan amalan yang akan kita lakukan. Jika kita hendak melakukan sesuatu amalan, dan amalan tersebut disertakan dengan sesuatu yang kita niat. Maka hasil daripada amalan itu adalah apa yang kita niatkan. Seperti contoh. Apabila seorang pelajar tersebut pergi ke suatu majlis ilmu dengan tujuan hanya untuk bertemu rakannya. Maka kehadirannya adalah sekadar merapatkan ukhwah sesame rakannya sahaja.

Niat merupakan satu aspek yang penting untuk kita renungkan. Kerana setiap amalan yang kita lakukan adalah menjadi suatu ibadah. Ia hanya akan menjadi ibadah apabila seseorang itu melakukan amalan tersebut kerana Allah S.W.T. niatnya adalah untuk mencari mardhotillah.

Niat juga boleh dibahagikan kepada dua aspek. Yang pertama adalah niat yang kearah kebaikan manakala yang keduanya adalah niat kepada keburukan.

JENIS NIAT

Niat yang baik merupakan niat yang dilakukan atas tujuan untuk melakukan amalan yang baik. Yakni baik disisi Allah S.W.T. dan niat yang baik ini merupakan niat kerana Allah. Tidak ada niat kerana Allah atas tujuan melakukan amalan yang tidak baik. Niat yang baik juga boleh dikaitkan dengan suatu sifat. Iaitu sifat ikhlas. Dimana seseorang tersebut melakukan sesuatu amalan tanpa memikirkan balasan daripada makhluk hanya balasan daripada Allah. Inilah yang dikatakan niat yang ikhlas.

Namun tidak semua amalan yang baik itu datang daripada niat yang baik. Kebanyakan manusia kini banyak melakukan perkara-perkara yang baik disisi Allah. Menunaikan solat dan ditambah dengan solat sunat. Bersedekah dengan banyak. Namun tidak semua daripada golongan ini yang melakukan amalan baik kerana Allah. Terdapat segelintir manusia yang bersedekah kerana untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia. Ada yang solat dengan tujuan untuk memberitahu manusia bahawa mereka adalah soleh. Inilah yang dikatakan sifat takbur yang ada dalam diri sesetengah manusia. Apabila tidak ada keikhlasan dalam hati seseorang itu maka Allah tidak akan menganggap setiap amalan yang mereka lakukan itu sebagai suatu ibadah.

“Akan datang suatu kaum dimana bacaan Al-Quran mereka seperti orang mengalunkan lagu dan jeritan Padahal Al-Quran tidak meresap kedalam hati mereka.”

Terdapat suatu kisah pada zaman para sahabat dahulu iaitu ketika Bilal bin Rabbah sedang melaungkan azan. Ada seorang sahabat bersuara dan bertanya mengapa asyik Bilal sahaja yang azan? Kemudian pada keesokan harinya sahabat tersebut pergi melaungkan azan dengan suara yang merdu. Namun azan tersebut tidak sampai kelangit. Kerana dia hanya melaungkan azan tersebut hanya kerana untuk memberitahu yang dia mempunyai suara yang sedap.

Jelas disini bahawa niat yang ikhlas merupakan penentu dalam sesuatu amalan tersebut. Adakah amalan tersebut akan menjadi suatu ibadah ataupun tidak.

PANDANGAN MANUSIA TERHADAP NIAT

Kadang-kadang manusia hanya mengharapkan balasan daripada manusia. Balasan yang tidak dapat dibawa keakhirat. Manusia hanya tahu yang niat ini merupakan niat yang disertakan dalam solat sahaja.

Apabila seseorang itu hendak pergi berjuang dan berniat untuk berjuang kerana Allah. Belum sempat untuk berjuang dia sudah meninggal dalam perjalanan nya. Dan dia syahid dijalan Allah. Maka syurgalah tempat nya.

Jelas bahawa niat merupakan salah satu amalan yang membolehkan kita memperoleh pahala. Apabila dikatakan niat itu mendatangkan pahala tidak salah untuk kita mengamalkan niat dalam apa jua amalan seharian kita. Sekalipun melakukan kerja-kerja ringan.

Walaupun niat itu hanya dilahirkan dari dalam lubuk hati kita. Tetapi ianya merupakan sesuatu amalan yang member kesan yang besar terhadap diri kita.

“SEMOGA AMALAN YANG KITA LAKUKAN ADALAH KERANA ALLAH DAN MEMPEROLEH MARDHOTILLAH”

0 comments:

Post a Comment