Saturday, July 11, 2009

PENENTU HARI ESOK


aku merasakan bahawa hari ini adalah jalan untuk aku terokai..... semalam adalah sebuah sejarah yang perlu aku catat.... aku sedar bahawa hamba seperti ku ini pasti akan mengulangi perkara yang sama..... sama ada baik ataupun buruk..... sama ada hari ini ataupun hari esok.....

aku merasakan bahawa, betapa pentingnya untuk aku mengenang kembali kisah semalam..... betapa pentingnya untuk aku muhasabah kembali..... menadah tangan.... meminta dan merayu pada maha pencipta.... merayu agar diampunkan segala dosa yang telah aku lakukan....

aku merasakan bahawa perkara baik yang telah aku lakukan semalam.... adalah sesuatu yang perlu aku beristiqamah.... namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuktikan dengan perbuatan...... untuk memastikan bahawa hari esok adalah hari yang baik..... aku tidak boleh berjanji..... adakah usaha aku pada hari ini cukup......

adakah cukup untuk menjadi PENENTU HARI ESOK..... .

0 comments:

Post a Comment