Tuesday, December 8, 2009

keluhan anak.

sinaran mentari memancar memenuhi ruangan angkasa sekaligus menyelinap masuk ke ruangan rumah no. 345 bandar putrijaya. dia melipat sejadah dan bangun. hurm... "apa yang aku nk buat hari ni?" dia bertanya pada dirinya. sememangnya dia sentiasa mengulangi perkara yang sama setiap hari... hari esok sama sahaja seperti seminggu yang lalu.

"asyik main game ja, tak boring ka?" Ummi nya menegur supaya kembali membaca buku. dia tahu yang peperiksaan SPM sedang berlangsung. namun dia terasa berat untuk terus belajar dan belajar. "memang tak sabar rasanya nak cuti. aku nak berehat puas-puas". dia tidak pula berasa takut akan peperiksaan pada hari yang akan datang. sebaliknya yang risau adalah ibunya. apabila ibunya pergi kerja, dia akan bermain game. setelah ibu nya pulang, dia memberitahu yang dia akan study pada pukul 9.00 malam. itulah rutin hariannya.

macam-macam yang terlintas difikiran ibu memikirkan keadaan anaknya. kemanakah dia akan menyambung pelajaran? ibunya membuat keputusan untuk menghantar dia kesebuah institusi pengajian swasta. dia hanya menerima pendapat ibunya dengan terbuka. tiada tindak balas. "lepas SPM ni U tu ada buat program. umi nak hantar pi situ lah." program yang akan dijalankan selama 2 bulan itu telah menyebabkan fikirannya semakin berserabut. kalau boleh dia tak nak pergi ke program tu. dia nak habiskan masa di rumah. ibunya membuat keputusan begitu setelah mendapat tahu yang program tersebut dapat membantu pelajar mengetahui pelbagai urusan termasuk urusan perniagaan.

mungkin dia masih berfikiran keanak-anakkan. masa akan tetap berlalu pergi. dan aku percaya bahawa dia pasti berubah suatu hari nanti.

0 comments:

Post a Comment